Dua belas mayat ditemui selepas lombong runtuh di negeri Bolivar di selatan Venezuela, kata Gabenor Yulisbeth Garcia pada Isnin, berita Xinhua melaporkan.
Pasukan penyelamat menemui mayat di lombong Cuatro Esquinas di pekan El Callao selepas 168 jam usaha mencari berterusan, kata pegawai itu di media sosial.
Runtuhan akibat hujan lebat minggu lalu telah memerangkap 14 pelombong di bawah tanah.
“Kepada semua keluarga mangsa, kami mengucapkan takziah dan sokongan penuh,” kata gabenor itu.