19 pengganas terbunuh dalam operasi berasingan di barat laut Pakistan

Sembilan belas pengganas terbunuh dalam tiga operasi berasingan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP) barat laut Pakistan, lapor Xinhua memetik tentera pada Khamis.

Pasukan keselamatan menjalankan operasi berasaskan risikan di daerah Mohmand, Waziristan Utara dan Bannu di KP, kata Perhubungan Awam Antara Perkhidmatan (ISPR), sayap media tentera Pakistan, dalam satu kenyataan dilaporkan Xinhua.

Semasa operasi di Mohmand, 14 pengganas terbunuh selepas pertempuran sengit antara pasukan keselamatan dan pengganas, kata kenyataan ISPR.

Dalam operasi lain, empat lagi pengganas telah dineutralkan di daerah Waziristan Utara, kata ISPR.

Dalam pertemuan ketiga yang berlaku di daerah Bannu di wilayah itu, seorang pengganas terbunuh, kata ISPR.