Dua orang maut apabila sebuah pesawat kecil terhempas dan terbakar di taman pejabat perindustrian di pinggir bandar Denver pada Jumaat, lapor AP memetik pegawai.
Nahas berlaku ketika pesawat itu dalam perjalanan pulang ke lapangan terbang, Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan dipetik sebagai berkata.
Nahas itu pada mulanya dilaporkan sebagai letupan, kata Deborah Takahara, jurucakap Pejabat Syerif Daerah Douglas.
Anggota bomba mendapati pesawat Beech BE35 itu terbakar, dengan api mengancam untuk merebak ke bangunan berhampiran dan beberapa penjana kuasa diesel, Brian Willie, jurucakap Penyelamat Bomba Metro Selatan, dilaporkan berkata. Anggota bomba dapat memadamkan api, katanya.
Pesawat itu terhempas di jalan masuk antara bangunan jenis gudang dan penjana, kata Takahara.











