Sekurang-kurangnya dua orang maut dan beberapa lagi cedera apabila sebuah bangunan berusia berdekad-dekad runtuh di negeri Rajasthan di barat India lewat malam Jumaat, lapor Xinhua menyebut polis tempatan mengesahkan melalui telefon pada Sabtu.
Mangsa maut dikenal pasti sebagai bapa dan anak perempuan.
Insiden itu dilaporkan berlaku di kawasan Subhash Chowk di ibu kota Rajasthan, Jaipur. Mangsa maut berasal dari negeri timur Bengal Barat dan tinggal menyewa di bangunan itu.
Menurut laporan media, lapor Xinhua, bangunan lama itu lemah akibat hujan yang tidak henti-henti sejak beberapa hari lalu dan akhirnya runtuh, mengakibatkan beberapa orang terperangkap di bawah serpihannya. Kerja menyelamat diteruskan sepanjang malam, dan mereka yang cedera dimasukkan ke hospital tempatan.











