2 militan terbunuh dalam pertempuran di Kashmir dikuasai India

Dua militan terbunuh dan dua askar tentera India cedera pada Isnin dalam pertempuran sengit di Kashmir dikawal oleh India yang bergolak, lapor Xinhua memetik polis.

Pertempuran itu dilaporkan berlaku di dalam hutan Guddar di daerah Kulgam, kira-kira 75 km ke selatan Srinagar, ibu kota musim panas Kashmir yang dikuasai India.

Menurut jurucakap tentera India, askar yang cedera telah dipindahkan dari tempat kejadian dan dimasukkan ke hospital.