27 termasuk 18 pegawai penguat kuasa ditahan kes sindiket counter setting

Seramai 27 individu termasuk 18 pegawai agensi penguat kuasa direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit sindiket counter setting bagi melepaskan warga asing masuk ke negara ini tanpa mengikut prosedur ditetapkan, hari ini, lapor BH Online.

Memetik sumber, BH Online melaporkan, semua suspek terdiri daripada 19 lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan menerusi operasi di sekitar Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, menerusi Op Rentas, semalam.

Keseluruhan seramai 30 individu dilaporkan ditahan dalam operasi itu dengan 27 direman pada hari ini.

“Suspek yang ditahan disyaki terbabit sindiket counter setting yang mana mereka dipercayai memberi dan menerima wang rasuah sebagai balasan untuk memudahkan urusan kemasukan warga asing ke negara ini tanpa melalui prosedur yang ditetapkan.

“Susulan operasi itu juga, SPRM menyita wang tunai lebih RM200,000, beberapa unit barangan kemas, kepingan emas, kereta, motosikal, beg tangan, jam tangan dan peranti telekomunikasi,” dia dipetik berkata.

Laporan BH Online memetik sumber, menjelaskan, SPRM turut membekukan 40 akaun perbankan membabitkan 34 akaun individu dan enam akaun syarikat membabitkan nilai lebih RM1 juta.

Semua suspek direman antara tiga hingga tujuh hari selepas permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, Ayer Keroh, Seremban dan Kuala Lumpur pagi tadi.

Di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman dilaporkan membenarkan 13 individu membabitkan empat pegawai penguat kuasa, lima pemilik syarikat, seorang pengurus syarikat dan tiga orang awam lain direman selama tiga hari sehingga 12 September ini.

Di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, Majistret Uthman Abd Ghani dilaporkan membenarkan tiga pegawai penguat kuasa direman empat hari sehingga 13 September ini serta dua lagi direman lima hari sehingga 14 September ini.

Di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pula, Majistret Sara Afiqah Zulkipli dilaporkan membenarkan lapan pegawai penguat kuasa direman tujuh hari sehingga 16 September ini.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Majistret S Arunjothy dilaporkan membenarkan seorang pegawai penguat kuasa direman lima hari sehingga 14 September ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya dilaporkan mengesahkan tangkapan semua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 dan 17 Akta SPRM 2009.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet