Seramai 33 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Jalur Gaza pada Rabu, menurut laporan agensi berita Palestin WAFA.
Pada Rabu, 33 rakyat Palestin, termasuk kanak-kanak, terbunuh dalam beberapa siri serangan udara Israel di seluruh Jalur Gaza, menurut WAFA.
Sementara itu, WAFA melaporkan, seorang lelaki Palestin terbunuh pada Khamis di pekan Abasan al-Kabira, timur Khan Younis di selatan Jalur Gaza.
WAFA mengatakan, menurut sumber tempatan, dron Israel menyasarkan lelaki terbabit di Abasan al-Kabira, mengakibatkan kematiannya.
Mayatnya dipindahkan ke Kompleks Perubatan Nasser.
Angka kematian di Jalur Gaza telah meningkat kepada 69,513, majoritinya kanak-kanak dan wanita, dengan 170,745 cedera, sejak permulaan serangan Israel pada Oktober 2023, menurut WAFA.











