33 rakyat Palestin terbunuh di Gaza

Angka kematian akibat pencerobohan berterusan Israel di Jalur Gaza, sehingga awal petang Isnin, dilaporkan meningkat kepada 33.

Menurut laporan WAFA, mangsa dihantar ke Hospital Al-Shifa (16), Hospital Baptist (8), Hospital Al-Awda (2), Hospital Al-Aqsa (3) dan Hospital Nasser (4).

Sumber perubatan dilaporkan berkata, antara yang maut ialah empat warga Palestin terbunuh ketika menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Jalur Gaza.