Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan 28 yang lain cedera, 15 daripadanya kritikal, pada Sabtu selepas kenderaan pikap yang membawa mereka terbabas dari jalan dan jatuh ke dalam gaung di negeri barat India Maharashtra, lapor Xinhua memetik penyiar negeri All India Radio pada Sabtu.
Kemalangan berlaku dekat Chandsaili Ghat daerah Nandurbar di Maharashtra.
Menurut polis, mangsa dikenal pasti sebagai penganut Hindu yang pulang dari ziarah di sebuah kuil tempatan.
Siasatan awal mendedahkan kemalangan itu berlaku apabila pemandu dilaporkan hilang kawalan ketika menghadapi selekoh tajam.