Cathay Pacific berkata pada Jumaat, seorang penumpang dalam penerbangan CX811 dari Boston ke Hong Kong cuba membuka pintu pesawat di tengah penerbangan pada 10 Disember, menurut Reuters.
Syarikat penerbangan itu dilapor berkata tiada penumpang atau kru yang cedera dan penerbangan itu mendarat dengan selamat awal pagi Khamis.
Insiden itu kini dikendalikan oleh pasukan polis bandar itu, menurut laporan Reuters, jabatan polis Hong Kong tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
“Kru kabin kami segera menangani situasi tersebut, memeriksa pintu untuk memastikan ia ditutup dengan selamat, dan melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan polis,” kata Cathay, menurut Reuters.
Menurut Reuters, The South China Morning Post mengenal pasti penumpang itu sebagai seorang lelaki tanah besar China berusia 20 tahun. Reuters bagaimanapun mengatakan tidak dapat mengesahkan identiti penumpang itu secara bebas.











