
- Tidak berkunjung pada waktu tidak sesuai untuk berkunjung, seperti pada masa orang sakit minum ubat, masa menggantikan pembalut luka, masa tidur.
- Tidak terlalu lama (kecuali bagi orang mempunyai hubungan khusus dengan orang sakit).
- Menundukkan pandangan (apabila di tempat itu ada wanita yang bukan mahramnya).
- Jangan banyak bertanya dan hendaklah menunjukkan rasa belas kasihan.
- Menimbulkan optimisme (hal positif) kepada orang sakit.
- Menggalakkan bersabar, kerana sabar besar pahalanya dan melarang keluh-kesah, kerana keluh-kesah berdosa.
- Tidak menyebut identiti diri secara tidak jelas, seperti mengatakan ‘saya’ tanpa menyebutnya nama sebenar.
- Mendoakannya secara ikhlas.
Sumber: Kumpulan Fatwa Yusuf Qardawi, 315-316
























