Hukum tonton televisyen

(Soalan berkaitan) — Saya seorang pemuda berusia 18 tahun dan mempunyai beberapa orang adik. Setiap hari adik-adik saya ke rumah tetangga untuk menonton televisyen. Tetapi ketika saya meminta kepada ayah untuk membelikan kami televisyen, dia berkata “televisyen itu haram”. Dia tidak memperbolehkan untuk memasukkan televisyen ke rumah.

Saya telah membahaskan hukum televisyen ini dalam perbahasan terdahulu. Hal itu saya sampaikan pada kesempatan pertama, dan saya kemukakan kepada para penonton melalui acara “Hadyul Islam” di televisyen Qatar.

Pada waktu itu saya katakan bahawa televisyen sama halnya seperti radio, akhbar dan majalah. Semua itu hanya alat atau media yang digunakan untuk pelbagai maksud dan tujuan, sehingga anda tidak dapat mengatakannya baik atau buruk, halal atau haram.

Segalanya bergantung pada tujuan dan bahan acaranya. Seperti halnya pedang, di tangan mujahid ia adalah alat untuk berjihad dan apabila di tangan perompak, maka pedang itu merupakan alat untuk melakukan tindakan kejahatan.
Oleh kerana itu, sesuatu dinilai dari sudut penggunaannya dan media dinilai sesuai tujuan dan maksudnya.

Televisyen dapat sahaja menjadi media pembangunan dan pengembangan fikiran, roh, jiwa, akhlak dan kemasyarakatan. Demikian pula halnya radio, surat khabar dan sebagainya.

Tetapi di sisi lain, televisyen dapat juga menjadi alat penghancur dan perosak.
Semua itu kembali kepada bahan acara (kandungannya) dan pengaruh yang ditimbulkannya.

Dapat saya katakan bahawa media-media ini mengandungi kemungkinan baik, buruk, halal dan haram.

Seorang Muslim hendaknya dapat mengendalikan diri terhadap media-media seperti ini, sehingga dia menghidupkan radio atau televisyen jika acaranya berisi kebaikan dan mematikannya apabila berisi keburukan.

Melalui media ini seseorang dapat menyaksikan dan mendengarkan berita-berita dan acara-acara keagamaan, pendidikan, pengajaran atau acara lainnya yang dapat diterima (tidak mengandungi unsur keburukan / keharaman).

Sehingga dalam hal yang demikian ini anak-anak dapat menyaksikan gerakan-gerakan lincah daripada suguhan hiburan yang menyenangkan hatinya atau dapat memperoleh manfaat daripada tayangan acara pendidikan yang mereka saksikan.

Namun ada acara-acara tertentu yang tidak boleh ditonton, seperti tayangan filem Barat yang pada umumnya merosakkan akhlak. Sebab padanya mengandungi unsur-unsur budaya dan kebiasaan yang bercanggah dengan akidah Islam yang lurus.

Misalnya, filem-filem itu mengajarkan bahawa setiap gadis harus mempunyai rakan dating dan suka asyik-masyuk. Kemudian hal itu ditaburkan dengan berbagai-bagai pembohongan dan mengajarkan bagaimana cara seorang gadis berdusta terhadap keluarganya, bagaimana percubaannya agar dapat bebas keluar rumah, termasuk memberi contoh bagaimana membuat rayuan dengan kata-kata manis.

Selain itu, jenis filem-filem ini juga hanya berisikan kisah-kisah bohong, dongeng-dongeng khayal dan semacamnya.
Ringkasnya, filem seperti ini hanya menjadi medium untuk mengajarkan moral yang rendah.

Secara objektif, saya katakan bahawa sebahagian besar filem tidak terlepas dari sisi negatif seperti ini, tidak sunyi daripada adegan-adegan yang merangsang nafsu seks, minum khamar dan tari (separa) telanjang. Mereka bahkan berkata: Tari dan dansa sudah menjadi kebudayaan dalam dunia kita, dan ini merupakan ciri peradaban yang tinggi. Wanita yang tidak belajar berdansa adalah wanita yang tidak moden. Apakah haram jika seorang pemuda duduk berdua dengan seorang gadis sekadar untuk bercakap-cakap serta saling bertukar janji?

Inilah yang menyebabkan orang yang konsisten pada agamanya dan menaruh perhatian terhadap akhlak anak-anaknya melarang memasukkan media-media seperti televisyen dan sebagainya ke rumahnya.

Sebab mereka berprinsip, keburukan yang ditimbulkannya jauh lebih banyak daripada kebaikannya, dosanya lebih besar daripada manfaatnya dan sudah tentu yang demikian adalah haram. Lebih-lebih lagi media tersebut memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap jiwa dan fikiran, yang cepat sekali mengajarnya, belum lagi waktu yang tersita olehnya dan menjadikan kewajipan terabai.

Tidak diragukan lagi bahawa hal inilah yang harus disikapi dengan hati-hati, ketika keburukan dan kerosakan sudah demikian dominan.

Namun cubaan ini telah begitu meluas dan tidak terhitung jumlah manusia yang tidak lagi dapat menghindarkan diri daripadanya, kerana memang sisi-sisi positif dan manfaatnya juga ada.

Sebab itu yang paling mudah dan paling layak dilakukan dalam menghadapi kenyataan ini adalah seperti yang telah saya katakan sebelumnya, iaitu berusaha memanfaatkan yang baik dan menjauhi yang buruk.

Hal yang demikian ini dapat dihindari oleh seseorang dengan cara mematikan radio atau televisyennya, menutup akhbar atau majalah yang memuat gambar-gambar telanjang yang terlarang dan menghindari membaca media yang memuat berita-berita dan tulisan yang tidak baik.

Manusia adalah mufti bagi dirinya sendiri dan dia dapat menutup pintu kerosakan dari dirinya.

Apabila dia tidak dapat mengendalikan dirinya atau keluarganya, maka langkah yang lebih utama adalah jangan memasukkan media-media tersebut ke dalam rumahnya sebagai langkah pencegahan.

Inilah pendapat saya mengenai hal ini dan Allah Yang Maha Memberi Petunjuk dan Memberi Taufik ke jalan yang lurus.

Kini, tinggal bagaimana tanggungjawab negara secara umum dan tanggungjawab produser serta seluruh pihak yang berkaitan dengan media-media maklumat tersebut.

Sebab bagaimanapun, Allah akan meminta mempertanggungjawabkan kepada mereka terhadap semua itu. Maka, hendaklah mereka mempersiapkan diri mulai sekarang.

Kumpulan Fatwa, Yusuf Qardawi

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet