6 amalan menuju syurga

Amirul Mukminin Sayidina Ali bin Abu Talib berkata: “Sesiapa menghimpunkan enam perkara, (bererti) dia tidak membiarkan syurga untuk dicari dan neraka untuk dielakkan.

“Pertamanya ialah mengenali Allah Taala dan mentaati-Nya. Seterusnya, mengenali syaitan dan memusuhinya. Mengenali akhirat, lalu menuntutnya. Mengenali dunia, lalu meninggalkannya. Mengenali yang hak, lalu mengikutinya. Dan mengenali yang batil, lalu menjauhinya.”

1. Mengenali Allah dan mentaati-Nya

Allah yang menciptakan, menghidupkan dan mematikan. Dialah juga yang memberikan rezeki kepada kita. Kita wajib mentaati-Nya iaitu dengan melakukan segala perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.

Firman-Nya dalam surah Fussilat, ayat 30 bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata ‘Tuhan kami ialah Allah’, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):

“Janganlah kamu bimbang (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.”

2. Mengenali syaitan dan memusuhinya

Syaitan adalah musuh yang perlu diawasi. Firman-Nya dalam surah Fathir, ayat 6 bermaksud: “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya), sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi penduduk neraka.”

Ayat ini menyatakan permusuhan syaitan terhadap manusia dan tipu dayanya yang mesti dijauhi.

3. Mengenali akhirat, lalu menuntutnya (membekalkan diri untuk ke sana)

Akhirat adalah lebih baik dan kehidupannya berkekalan sebagaimana firman-Nya dalam surah al-A’la, ayat 17 bermaksud: “Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.”

4. Mengenali dunia, lalu meninggalkannya

Tuhan menegaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba- lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak…” (Surah al-Hadid, ayat 20)

5. Mengenali hak (yang benar), lalu mengikutinya

Allah Taala, Nabi Muhammad SAW, Islam, al-Quran dan akhirat semuanya adalah benar. Firman-Nya bermaksud: “Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawa Allah Dialah saja Tuhan yang sebenar- benarnya dan bahawa segala yang mereka sembah selain daripada Allah itulah yang nyata palsunya…” (Surah al-Hajj, ayat 62)

Dalam surah al-Isra, ayat 81 diterangkan: “Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik), sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Firman-Nya dalam surah al-An’am, ayat 66 bermaksud: “Dan kaum engkau (wahai Muhammad) mendustakannya (al-Quran), padahal ia adalah benar…”

6. Mengenali yang batil (perkara salah), lalu menjauhinya

Firman-Nya dalam surah Muhammad, ayat 3 bermaksud: “Berlakunya yang demikian kerana sesungguhnya orang-orang kafir menurut perkara yang salah dan sesungguhnya orang-orang beriman menurut perkara yang benar daripada Tuhan mereka…”

Mereka yang menurut perkara salah beroleh kerugian sebagaimana ditegaskan dalam surah al-Mukmin, ayat 78 bermaksud: “…rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah.”

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet