Bebaskan diri agar hidupmu terpancar sinar

Firman Allah dalam surah an-Nahl, ayat 18 bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tiadalah kamu dapat menghitungnya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat-Nya yang tidak terhingga. Kita berpijak di bumi-Nya dan berteduh di bawah langit ciptaan-Nya. Setiap hari kita menikmati rezeki daripada-Nya.

Dalam konteks hidup beragama, marilah kita bermuhasabah. Apa yang membelenggu diri kita, apa yang menyebabkan kita selalu kecewa, hidup sukar, resah dan gelisah.

1. JAHIL

Sejauh mana kita menguasai ilmu terutama berkaitan agama? Dukacita sekali jika kita mempunyai kepandaian dalam hal keduniaan, tetapi masih jahil dalam hal ibadat serta gagal membezakan antara halal dan haram sehingga semuanya dianggap sama sahaja. Jika begitu, anda gagal membezakan antara yang baik dengan yang buruk sebaik-baiknya, umpama gagal membezakan antara intan permata dengan kaca. Sedih bukan!

Nabi SAW bersabda, mafhumnya: “Allah murka terhadap setiap ilmuwan dalam bidang dunia, tetapi jahil dengan ilmu akhirat.” (Riwayat al-Hakim)

Faham baik-baik hadis nabi itu. Allah murka ertinya apa — marah…tak suka…tak reda. Jika sehingga ke penghujung nyawa, Allah tetap tidak suka…macam mana agaknya? Cuba tanya pada diri sendiri.

Sayidina Ali bin Abu Talib RA dipetik sebagai berkata: “Andai tiada lima perkara, nescaya semua manusia menjadi soleh iaitu puas dengan kebodohan, tamak terhadap dunia, bakhil dengan kelebihan yang ada, riyak dalam beramal dan berasa hebat dengan akalnya.”

Puas dengan kebodohan iaitu berasa tiada apa-apa walaupun tiada ilmu pengetahuan…tak teringin belajar, berguru, malah tak berminat langsung dengan bahan bacaan walaupun sekarang ini muncul dalam pelbagai medium seperti e-buku yang boleh dicapai dengan telefon pintar…dijual murah sekalipun…tak nak beli…sanggup berhabis wang ringgit untuk hal lain menurut keinginan nafsu. Malah majlis ilmu secara percuma di masjid atau televisyen langsung tak nak ikut.

Tamak harta dunia — orang yang terkena penyakit ini akan menggunakan bermacam-macam taktik, muslihat, onar dan auta, licik menyusun skrip/cerita, agar dia dan puaknya mendapat harta bahkan kuasa berkenaan, walaupun yang sepatutnya bukan hak mereka. Hati-hati berdepan dengan orang seperti ini.

Bakhil sukar untuk diubati apatah lagi empunya diri tidak sedar dirinya dihinggapi penyakit ini, kerana ia berkait dengan hati (yang tak nampak untuk dipandang)…justeru bagaimana dia hendak berusaha mengubatinya. Tak sedikit orang yang bakhil (dalam pelbagai rupa dan bentuk), mungkin dia, mungkin mereka atau mungkin kita…sedekah tak beri, bantuan tak hulur, sedikit pun mahu berkira, hati kedekut…tak boleh ada yang tak kena…jadi balah atau sengketa dan tak kena cara bawa ajal.

Riyak iaitu sikap menunjuk-nunjuk…sebagai contoh baca al-Quran, jadi imam solat dan sebagainya, hendak menunjukkan dia pandai, bersuara lunak, pandai…ataupun rajin ke masjid hendak menunjukkan betapa dia orang yang rajin ke masjid atau orang yang taat melakukan suruhan agama.

Kemudian hebat dengan akal…sebagai contoh orang berhujah jika sudah mati, matilah…tiada apa-apa lagi, atau berhujah lagi dengan soalan — macam mana mahu hidup, sedangkan tubuh badan kamu sudah hancur, lenyap, tiada apa-apa tinggalan atau kesan? Bagi orang Islam, jangan begitu…mesti berasa hebat dengan Tuhan kita, dengan al-Quran — Tuhan yang memberikan akal dan kehidupan kita.

2. GODAAN HIDUP DUNIA

Berusahalah untuk mendapatkan bahagian dunia, namun jangan sampai kita diperdaya olehnya sehingga hilang tumpuan kepada akhirat sedangkan kita yakin kehidupan di alam baqa (kekal).

Firman-Nya bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba- lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak…” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Muaz bin Jabal berkata, apabila Rasulullah menghantar beliau ke Yaman, Baginda bersabda, mafhumnya: “Berhati-hatilah terhadap kehidupan yang mewah. Sebagai hamba Allah, janganlah kamu hidup dalam kemewahan.”

Menurut Imam al-Ghazali, apabila zahir kita sibuk mencari dunia semata-mata dan batin kita pula sibuk dengan keinginan pada dunia saja, maka tidak mudah bagi kita untuk mengerjakan ibadat yang sebenar-benarnya.

3. NAFSU

Kita perlu berhati-hati terhadap dorongan nafsu yang mengheret kita, ataupun mengajak, merayu dan mmenolak kita, kepada perbuatan jahat.

Ia adalah musuh yang sangat keji dan hina, malah mencelakakan serta sukar untuk dihindari. Berwaspadalah dengannya.

Janganlah membiarkan diri menjadi kuda tunggangan hawa nafsu sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Oleh itu, janganlah kamu menurut hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng daripada keadilan.” (Surah an-Nisa, ayat 135)

Orang yang ingin mendapat rahmat akan membebaskan diri daripada mengikut telunjuk nafsu.

Mereka menuju kepada keredaan Allah. Segala amal perbuatannya di dunia adalah mengikut petunjuk Allah dan Rasul-Nya saja.

Firman-Nya bermaksud: “Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, supaya kamu diberi rahmat.” (Surah Ali-Imran, ayat 132)

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet