Nama Muhammad paling popular untuk bayi dilahirkan di England, Wales  tahun kedua berturut-turut

Nama Muhammad paling popular untuk bayi dilahirkan di England, Wales tahun kedua berturut-turut

Muhammad diiktiraf sebagai nama paling popular untuk bayi dilahirkan di England dan Wales untuk tahun kedua berturut-turut, menurut Arab News dalam laporan diterbitkan di laman sesawangnya bertarikh 31 Julai 2025.

Membawa maksud “terpuji”, nama itu mempunyai persamaan dengan Nabi Muhammad.

Menurut Arab News, terdapat lebih daripada 30 variasi dalam ejaan nama ini dalam bahasa Inggeris, dengan Mohammed pertama kali menjadi salah satu daripada 100 nama paling popular di England dan Wales pada 1924.

Muhammad, yang menjadi 100 nama teratas pada pertengahan 1980-an, diberikan kepada lebih 5,721 kanak-kanak lelaki pada 2024, meningkat 23 peratus dari 2023, apabila ia juga merupakan nama paling popular, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK, dilaporkan Arab News.

Mohammed dikatakan muncul sebagai nama lelaki paling popular ke-21, manakala Mohammad berada di tempat ke-53 dalam senarai.

Nama Muslim popular lain untuk kanak-kanak lelaki di England dan Wales pada 2024 termasuk Yusuf (kedudukan ke-69), Musa (ke-73), Ibrahim (ke-76) dan Yahya (ke-93).

Nama Muslim untuk kanak-kanak perempuan dalam 100 teratas termasuk Layla (ke-56), Maryam (ke-57) dan Fatima (ke-76).