Ukraine berkata pada Khamis sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam serangan besar semalaman Rusia ke atas Kyiv yang telah dikecam oleh pemimpin Eropah, dengan pihak berkuasa tempatan mengesahkan kerosakan di semua daerah di ibu negara, menurut laporan Anadolu.
“Sehingga 8.45 malam (1745GMT), 21 orang telah disahkan maut dalam serangan Rusia ke atas Kyiv. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan,” Tymur Tkachenko, ketua Pentadbiran Tentera Bandaraya Kyiv (KMVA), dilaporkan menulis di Telegram.
Menurut Tkachenko, semua daerah Kyiv terjejas dalam serangan itu, yang disebutnya tidak pernah berlaku sebelum ini.
Secara berasingan, Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko, dilaporkan berkata 63 orang, termasuk 11 kanak-kanak, cedera dalam serangan itu.











