Sebuah helikopter tentera dalam penerbangan rutin terhempas pada Isnin di utara Pakistan, mengorbankan dua juruterbang dan tiga juruteknik di dalamnya, lapor AP memetik jurucakap kerajaan.
Helikopter itu nampaknya jatuh di wilayah Gilgit-Baltistan kerana masalah teknikal dan kemudian terbakar, jurucakap kerajaan wilayah, Faizullah Faraq dipetik berkata.
Dia tidak memberikan butiran lanjut, dan berkata pihak berkuasa sedang menyiasat.











