Polis rusuhan di sebuah pekan di utara Serbia pada Jumaat dilaporkan melepaskan gas pemedih mata, menghadapi beribu-ribu penunjuk perasaan aman yang menuntut pilihan raya bebas dan keadilan selepas berbulan-bulan tunjuk perasaan menentang pemerintahan autokratik Presiden Aleksandar Vucic.
Menurut laporan AP, protes yang dipimpin pelajar universiti itu berlaku lebih 10 bulan selepas kanopi konkrit runtuh di stesen kereta api di pekan Novi Sad, mengorbankan 16 orang. Bencana itu mencetuskan gelombang kemarahan orang ramai atas dakwaan rasuah dan kecuaian, yang disebut penunjuk perasaan sebagai punca keruntuhan.
Tiada laporan segera mengenai kecederaan dalam kekecohan pada Jumaat yang dicetuskan oleh tindakan polis, menurut laporan AP.
Ambulans dilaporkan boleh dilihat dipandu melalui jalan-jalan Novi Sad.











