Bintang terkenal muncul dalam video dikeluarkan menjelang konsert pengumpulan dana untuk Palestin, yang dijadualkan berlangsung pada Rabu di Stadium Wembley London, menurut Anadolu.
Selebriti termasuk Billie Eilish, Cillian Murphy, Joaquin Phoenix dan Javier Bardem muncul dalam video “Together for Palestine” yang dikeluarkan menjelang konsert pengumpulan dana yang penuh bintang itu.
Selebriti menggesa orang ramai untuk bersuara dan bercakap benar bagi pihak Palestin.
“Kita tahu bahawa pemimpin negara ini bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai orang awam di Gaza dan Tebing Barat,” menurut mereka seperti dilaporkan Anadolu.
Menurut Anadolu, konsert itu bertujuan untuk mengumpul berjuta-juta dolar untuk organisasi yang dipimpin Palestin di barisan hadapan krisis di Jalur Gaza, seperti Taawon, Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin dan Pertubuhan Bantuan Perubatan Palestin.
Konsert itu, disiarkan secara langsung di YouTube, termasuk persembahan muzik dan ucapan daripada selebriti, doktor, wartawan, pekerja bantuan dan orang yang bekerja di Gaza.