Tindakan Israel di Gaza sama sekali tidak boleh diterima, dan mereka yang bertanggungjawab ke atasnya akan menghadapi akibat, kata perdana menteri Poland pada Isnin, menurut laporan Anadolu.
“Perkara dahsyat sedang berlaku di Jalur Gaza dan orang yang bertanggungjawab perlu menghadapi akibatnya,” Donald Tusk dilaporkan berkata pada sidang akhbar di Sierakowice, utara Poland, sambil turut menekankan sokongan Poland terhadap keselamatan Israel.
“Tetapi tidak ada justifikasi untuk membunuh kanak-kanak atau menyebabkan penduduk awam kelaparan,” tambahnya.
Tentera Israel melancarkan serangan baharu ke atas Kota Gaza pada Selasa lalu selepas pengeboman dan serangan berminggu-minggu.
Sambil mengakui apa yang disifatkanya sebagai tanggungjawab Hamas kerana memulakan konflik dengan serangan 7 Okt 2023 ke atas orang awam Israel, Tusk berkata ini “masih bukan justifikasi untuk apa yang telah diputuskan Israel di Gaza”.
“Kempen itu merosakkan imej dan sejarah usaha Israel,” kata Tusk, sambil menambah bahawa “suatu jenayah mesti dipanggil dengan namanya”.