PM Itali Meloni kata diadukan ke ICC kerana subahat dalam genosid

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni berkata pada Selasa, beliau dan dua menterinya telah dilaporkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan bersubahat dalam genosid berhubung dengan serangan Israel di Gaza, menurut laporan Reuters.

Bercakap dalam temu bual dengan syarikat televisyen negara RAI, Meloni dilaporkan berkata, Menteri Pertahanan Guido Crosetto dan Menteri Luar Antonio Tajani telah diadukan, dan “saya rasa” juga Roberto Cingolani, ketua kumpulan pertahanan Leonardo.