Trump kata gencatan senjata Gaza kekal, Israel berhak balas jika diserang

Presiden AS Donald Trump berkata pada Rabu, gencatan senjata yang disokong AS di Gaza tidak berisiko selepas pihak berkuasa tempatan melaporkan 26 orang telah terbunuh dalam serangan Israel, ketika Israel dan Hamas saling tuduh-menuduh keganasan itu, berita Reuters melaporkan.

Pesawat Israel dilaporkan melancarkan serangan di Gaza pada Selasa selepas Israel menuduh kumpulan militan Hamas melanggar gencatan senjata, keganasan terbaru dalam perjanjian tiga minggu yang diusahakan oleh Trump.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza dilaporkan berkata serangan itu membunuh sekurang-kurangnya 26 orang, termasuk lima orang dalam sebuah rumah yang diserang di kem pelarian Bureij di tengah Jalur Gaza, empat orang di sebuah bangunan di kawasan kejiranan Sabra di Bandar Gaza, dan lima orang di dalam sebuah kereta di Khan Younis.

“Seperti yang saya faham, mereka membunuh seorang askar Israel,” Trump dilaporkan berkata kepada pemberita di atas Air Force One.

“Jadi, Israel membalas dan mereka harus membalas. Apabila itu berlaku, mereka harus membalas,” tambahnya.

“Tiada apa yang akan menjejaskan” gencatan senjata itu, kata Trump.

“Anda perlu faham bahawa Hamas adalah sebahagian kecil daripada keamanan di Timur Tengah, dan mereka perlu berkelakuan baik.”

Serangan oleh pesawat Israel berterusan sehingga awal Rabu di seluruh Jalur Gaza, menurut saksi, lapor Reuters.

Menurut Reuters, tentera Israel tidak segera mengulas mengenai serangan itu, yang menyusuli kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang mengatakan dia telah mengarahkan “serangan kuat” serta-merta.

Reuters melaporkan, kenyataan itu tidak memberikan sebab khusus untuk serangan itu tetapi seorang pegawai tentera Israel berkata Hamas telah melanggar gencatan senjata dengan melakukan serangan terhadap tentera Israel di kawasan yang dikawal Israel di wilayah itu.

“Ini merupakan satu lagi pelanggaran gencatan senjata yang terang-terangan,” pegawai itu dilaporkan berkata.

Perjanjian gencatan senjata yang disokong AS dilaporkan berkuat kuasa pada 10 Oktober, menghentikan perang selama dua tahun dicetuskan oleh serangan maut yang diketuai Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023.

Dilaporkan, kedua-dua pihak telah menuduh satu sama lain melakukan pelanggaran gencatan senjata.

“Jika mereka (Hamas) baik, mereka akan gembira dan jika mereka tidak baik, mereka akan ditamatkan, nyawa mereka akan ditamatkan,” Trump dilaporkan berkata.

“Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada askar Israel itu tetapi mereka mengatakan ia adalah tembakan penembak tepat. Dan ia adalah pembalasan untuk itu, dan saya fikir mereka berhak untuk berbuat demikian.”

Menurut Reuters, terdahulu pada Selasa, media Israel melaporkan berbalas tembakan antara pasukan Israel dan pejuang Hamas di bandar Rafah di selatan Gaza. Tentera Israel tidak memberi respons kepada permintaan untuk komen mengenai laporan itu.

Hamas menafikan bertanggungjawab atas serangan ke atas pasukan Israel di Rafah, lapor Reuters.

Kumpulan itu juga dilaporkan berkata dalam satu kenyataan, ia kekal komited terhadap perjanjian gencatan senjata di Gaza.

Serangan pada Selasa ke atas Bandar Gaza menyusuli apa yang digelar Israel sebagai “serangan yang disasarkan” pada Sabtu ke atas seseorang di tengah Gaza yang dikatakan merancang untuk menyerang tentera Israel.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet