Sebuah pesawat latihan Tentera Udara terhempas pada Jumaat di negeri Tamil Nadu di tenggara India, lapor Anadolu memetik kenyataan Tentera Udara India di X.
Juruterbang itu melentingkan diri dengan selamat sebelum “Pilatus PC-7” buatan Switzerland itu terhempas ke tanah di daerah Chengalpattu dekat ibu negeri Chennai, dan “tiada kerosakan harta awam telah dilaporkan,” kenyataan itu dilapor sebagai berkata.
Pesawat itu dalam misi latihan rutin apabila kejadian berlaku sekitar 2.25 petang (1155GMT).
“Badan siasatan telah ditubuhkan untuk memastikan punca kemalangan,” katanya.
Sebahagian daripada pesawat itu dilihat bertaburan di atas tanah, menurut video yang dikongsi oleh Press Trust of India, lapor Anadolu.











