Ketua staf am Rusia, Valery Gerasimov memberitahu Presiden Vladimir Putin pada Khamis, tentera Rusia menguasai bandar Kupiansk di Ukraine, menurut laporan Reuters.
Putin telah melawat pos perintah kumpulan “Barat” tentera Rusia di mana dia bertemu dengan Gerasimov, dan ketua tentera tertinggi, kata Kremlin sebelumnya, menurut Reuters.
Putin diberi taklimat mengenai situasi di Kostiantynivka dan Kramatorsk di wilayah Donetsk, Ukraine serta sekitar Kupiansk di wilayah Kharkiv, Kremlin dilapor berkata.
Gerasimov dilapor berkata kepada Putin: “Unit kumpulan ‘Barat’ telah membebaskan bandar Kupiansk dan terus memusnahkan unit angkatan tentera Ukraine, terkepung di tebing kiri Sungai Oskol.”
Menurut Reuters, Gerasimov juga memberitahu Putin, tentera Rusia telah menguasai 70% Pokrovsk, serta lebih 80% Vovchansk.











