Angka kematian akibat hujan lebat dan banjir di wilayah tengah Vietnam meningkat kepada 43, dengan sembilan yang lain hilang, lapor Xinhua memetik Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Dyke Vietnam pada Jumaat.
Banjir itu telah menenggelamkan lebih 67,700 rumah dan merosakkan 168 yang lain, menurut pihak berkuasa.
Kerugian ekonomi dianggarkan lebih 3 trilion dong Vietnam (kira-kira 120 juta dolar AS), kata pihak berkuasa, menurut Xinhua.











