Angka kematian akibat minuman suling tercemar metanol di Brazil meningkat kepada sembilan, dengan tujuh kematian lagi masih dalam siasatan, kata Kementerian Kesihatan Isnin, menurut berita Xinhua.
Pencampuran minuman suling seperti gin, vodka dan wiski dengan metanol, alkohol yang tidak sesuai untuk diminum manusia, berlaku pada September di bar dan pengedar di beberapa wilayah, terutama di negeri tenggara Sao Paulo.
Polis sejak itu melancarkan operasi untuk merampas botol dan label dari gudang haram.
Dua lagi kematian disahkan berbanding minggu lalu.
Menurut kementerian itu, enam mangsa maut di Sao Paulo, dua di negeri timur laut Pernambuco, dan seorang di Parana di selatan.
Sao Paulo terus melaporkan jumlah kes tertinggi, dengan 38 disahkan dan 19 dalam siasatan.