Angka maut akibat pencerobohan Israel ke atas Gaza meningkat kepada 68,116 sejak Oktober 2023

Angka kematian akibat pencerobohan Israel di Jalur Gaza sejak Oktober 2023 meningkat kepada 68,116, dengan 170,200 yang lain cedera, berita WAFA memetik sumber perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan melaporkan 29 rakyat Palestin, termasuk 23 yang mayatnya ditemui, dua meninggal dunia akibat kecederaan mereka, dan empat terbunuh dalam serangan langsung Israel, telah dibawa ke hospital di seluruh Gaza sejak 48 jam lalu. Selain itu, 21 orang cedera dalam tempoh yang sama.

Menurut laporan WAFA, sejak gencatan senjata berkuat kuasa, 27 rakyat Palestin telah terbunuh dan 143 cedera, manakala 404 mayat mangsa telah diambil. Pihak berkuasa juga telah menerima 135 mayat yang ditahan oleh Israel dan dikembalikan secara berkelompok.

Menurut agensi berita itu, sumber perubatan berkata, 120 mangsa tambahan baru-baru ini ditambah kepada jumlah kematian terkumpul selepas maklumat mereka ditentusahkan dan disahkan oleh jawatankuasa kehakiman yang menyelia laporan orang hilang antara 10 dan 17 Oktober 2025.