Terpesona pada dunia dan hilang tumpuan pada akhirat undang bahana

Kita berada di dunia. Pejam celik kita di dunia. Mimpi juga mengenai dunia, kadang-kadang terjaga tersenyum sendirian. Oh asyiknya.

Berusaha untuk mendapat bahagian daripada dunia, tiada yang melarang, bahkan dituntut bagi meneruskan kelangsungan kehidupan di dunia.

Namun, jangan sampai terleka, jangan sampai terperdaya, sehingga hidup kita tertumpu pada dunia semata-mata.

Hilang tumpuan kepada akhirat bahana jawabnya, sedangkan kita yakin adanya kehidupan di alam akhirat, alam kekal, adanya pembalasan, adanya syurga dan neraka.

Firman-Nya yang diberikan maksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba- lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak…” (Surah al-Hadid, ayat 20)

Betul tak betul apa yang disebut pada firman itu…cuba lihat pada diri kita, sekeliling kita, anak cucu kita atau orang-orang sekitar, paparan media sebagai contoh.

Akhir-akhir ini sesetengah kanak-kanak, bangun saja dari tidur terus terkam telefon pintar…main game…orang dewasa tak tahulah apa yang asyik sangat pada telefon…kelihatan lama juga habiskan masa. Hari-hari main. Tak habis dengan main. Bahkan main dah jadi industri.

Bermegah-megah dengan harta dunia. Tak sedikit yang bersikap begitu. Pandu kereta besar, berasa hebat, berasa tinggi hidungnya. Gelang besar tak nampak lengan, jalan pun semangat lain macam, cakap mengalahkan orang, misalannya.

Berlumba-lumba kumpul harta. Kemudian hebahkannya, ‘up’ atau ‘promote’ di media sosial, nak beritahu hebatnya kita ada dua tiga kereta, contoh…kan betul apa yang dikatakan pada ayat al-Quran itu!

Sahabat nabi, Muaz bin Jabal dilaporkan berkata, apabila Rasulullah SAW menghantar beliau ke Yaman, baginda bersabda, mafhumnya (yang dapat difahami): “Berhati-hatilah terhadap kehidupan yang mewah. Sebagai hamba Allah, janganlah kamu hidup dalam kemewahan.”

Menurut Imam al-Ghazali seperti dilaporkan, apabila zahir kita sibuk mencari dunia semata-mata dan batin kita pula sibuk dengan keinginan pada dunia saja, maka tidak mudah bagi kita untuk mengerjakan ibadat yang sebenar-benarnya.

Ini juga ada betulnya. Ambil contoh ketika memulakan solat, saat bertakbir, maka datanglah hal berkaitan dunia, mengganggu tumpuan pada ibadat. Asyiknya sampai terbawa-bawa dalam solat. Ini payah juga untuk dihindarkan bagi sesetengah orang, terutama mereka yang tidak berusaha menghindari gangguan itu.

Apa-apa pun, anda punya hidup, anda punya gaya, anda yang buat pilihan, sama ada untuk bahagia sementara ataupun bahagia selama-lamanya.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet