Banjir teruk jejas lebih 1 juta orang di Sudan Selatan – PBB

Lebih sejuta orang terjejas akibat banjir teruk di seluruh Sudan Selatan, kata agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Xinhua.

Dalam kemas kini mengenai banjir pada Khamis, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) dilaporkan berkata, hampir 355,000 orang telah kehilangan tempat tinggal di 18 daerah setakat 30 Oktober, dengan ramai yang mencari perlindungan di kawasan lebih tinggi.

OCHA dilaporkan berkata, banjir teruk, yang mengakibatkan kemusnahan meluas rumah, tanah pertanian dan infrastruktur kritikal, juga memburukkan lagi situasi kemanusiaan yang sedia buruk di negara itu, yang menghadapi konflik berterusan dan kekurangan makanan akut.

Agensi PBB itu dilaporkan berkata kerugian pertanian adalah meluas, dengan ladang tanaman yang dibanjiri memusnahkan hasil tuaian dan padang rumput ternakan dihanyutkan atau ditenggelami air, memburukkan lagi kekurangan makanan.

“Laporan menunjukkan kekurangan zat makanan akut dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun serta wanita hamil dan menyusu, di samping peningkatan kes cirit-birit, malaria, pneumonia dan kolera,” OCHA dilaporkan berkata.

Ia menyatakan, walaupun air banjir telah mula surut di beberapa kawasan dan keluarga-keluarga kembali ke rumah, ramai yang mendapati rumah mereka musnah, perkhidmatan asas tidak tersedia, dan mata pencarian hilang.

Awal bulan ini, Save the Children, sebuah badan amal global, memberi amaran bahawa tahun keenam banjir yang meluas ditambah pula dengan pemotongan bantuan memburukkan lagi krisis kelaparan di Sudan Selatan, sambil menambah bahawa situasi yang buruk itu telah memaksa pelarian yang baru tiba yang melarikan diri dari konflik di Sudan untuk mencari makanan dan makan daun untuk terus hidup.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet