Dua orang terbunuh dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan pada Ahad di barat laut Indianapolis, lapor AP memetik pegawai.
Pada kira-kira jam 2 pagi, pegawai Jabatan Polis Metropolitan Indianapolis bertindak balas ke tempat letak kereta di Shore Terrace, di mana mereka mendapati lima orang mengalami luka tembak, menurut laporan AP memetik siaran berita.
Polis dilaporkan berkata, dua daripada mereka diisytiharkan mati di tempat kejadian, manakala tiga lagi dibawa ke hospital.
Polis berkata dua lagi yang dipercayai ditembak dalam kejadian sama meminta bantuan sendiri: seorang ke hospital dan seorang lagi ke balai bomba.
Siasatan sedang diteruskan.











