Gelombang baharu kapal flotila cuba pecah pengepungan Gaza akan berlepas dari Itali

Jawatankuasa Antarabangsa bagi Memecahkan Pengepungan Gaza mengumumkan pada Ahad, gelombang baharu kapal akan berlayar dari selatan Itali Rabu depan untuk mencabar sekatan terhadap enklaf Palestin itu, menambah kepada usaha Flotila Sumud Global, menurut laporan Anadolu.

Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu dilaporkan berkata: “Freedom Flotilla Coalition (FFC), dengan kerjasama Thousand Madleen to Gaza (TMTG), telah mengumumkan pelancaran gelombang seterusnya kapal-kapal pemecah sekatan.”

Ia berkata langkah itu akan melibatkan armada baharu yang terdiri daripada beberapa kapal yang akan berlepas pada Rabu dari selatan Itali.

Menurut jawatankuasa itu, pelepasan flotila baharu itu “melalui kerjasama antara dua inisiatif akar umbi global, pada masa yang sama 50 kapal sudah berlayar sebagai sebahagian daripada Flotila Sumud Global.”

Ia juga berkata Freedom Flotilla sedang bersedia untuk melancarkan kapal yang membawa “idea baharu dan inovatif” pada awal Oktober, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Jawatankuasa itu menegaskan bahawa “sementara penderitaan di Gaza semakin mendalam dan pendudukan Israel berterusan melakukan genosid dalam setiap bentuk, menjadi kewajipan kepada setiap orang bebas di dunia untuk turun ke laut, memecahkan kepungan, dan menyediakan talian hayat untuk Jalur Gaza.”

Berpuluh-puluh kapal telah belayar dalam beberapa hari kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada Flotila Sumud Global menuju ke Gaza.

Pada 16 September, jawatankuasa itu mengumumkan kapal flotila akan berkumpul dekat negara pulau Malta untuk belayar bersama-sama merentasi Mediterranean menuju ke pantai Gaza, tanpa menyatakan tarikh.

Kapal-kapal ini membawa bantuan kemanusiaan, khususnya bekalan perubatan, untuk wilayah yang disekat itu.

Ini menandakan kali pertama sebilangan besar kapal telah belayar bersama-sama ke arah Gaza, rumah kepada kira-kira 2.4 juta rakyat Palestin yang telah hidup di bawah sekatan Israel selama 18 tahun, dan sekatan yang lebih ketat dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Baju Melayu Dewasa & Budak Paloma Parel Skin Soft Slim Fit Free Butang TEAL BLUE/ASH BLUE/SAGE GREEN
Baju Melayu Kids Exclusive Design Form Al Haram Fashion Premium Pearl Skin Satin
(FREE SAMPIN)NEW DESIGN 2026 EDITION BAJU MELAYU ELRAH EXCLUSIVE DAYTONA SLIMFIT RED (1)
BAJU MELAYU SLIMFIT ERIC
BAJU MELAYU SLIM FIT (SF)
[BLUE SERIES] DAYTONA 2026 BAJU MELAYU
Aliyah Food 7 Ajwa Dates/Kurma [ Ramadan Gift ] EXP:07/02/2027 (Aliyah Food 7 Kurma/Kurma Ajwa [ Hadiah Ramadan ]
Nur Food 7 Ajwa Dates ( Ramadan Gift ) [EXP:11/02/2027] (Nur Food 7 Kurma Ajwa ( Hadiah Ramadhan ) [EXP:11/02/2027])
Madinah’s Ajwa Kurma Grade A ( date ) BY the Prophet’s City to Your Table Tradition of Flavor and Well-being
Al-Huda Kurma Tangkai Tunisia l Stok Baru l Kurma Bertangkai l 400g
Kurma Madu Rotab kurma Lembut Kurma Mazafati Dates 600g+
Kurma Madu Rotab (fresh/kering) 600g pack vacuum
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah

HOSTINGER

Domain/hosting pada harga agak murah, mudah, pantas.