Gempa bumi di timur Afghanistan mengorbankan lebih 600, memusnahkan kampung

Gempa bumi di timur Afghanistan membunuh sekurang-kurangnya 610 orang, mencederakan 1,300 dan memusnahkan banyak kampung, lapor AP memetik jurucakap kerajaan Taliban pada Isnin.

Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud lewat Ahad itu dilaporkan melanda beberapa pekan di wilayah Kunar, dekat bandar Jalalabad di wilayah Nangahar yang berjiran, menyebabkan kerosakan besar.

Gempa pada 11:47 malam berpusat 27 kilometer (17 batu) timur-timur laut bandar Jalalabad di wilayah Nangarhar, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Ia hanya 8 kilometer (5 batu) dalam. Gempa yang lebih cetek dikatakan cenderung menyebabkan lebih banyak kerosakan.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Abdul Matin Qani mengesahkan angka korban kepada Associated Press (AP), berkata gempa lewat malam itu membunuh 610 orang dan mencederakan 1,300 di Kunar. Banyak rumah musnah.

Di Nangarhar, sedozen orang mati dan ratusan cedera, kata Qani.

“Operasi menyelamat masih dijalankan di sana, dan beberapa kampung telah musnah sepenuhnya. Angka korban dan cedera berubah-ubah. Pasukan perubatan dari Kunar, Nangarhar dan ibu kota Kabul telah tiba di kawasan itu,” Sharafat Zaman, jurucakap kementerian kesihatan awam dipetik berkata.

Dia dilaporkan berkata, banyak kawasan tidak dapat melaporkan angka korban dan “angka itu dijangka berubah” apabila kematian dan kecederaan dilaporkan.

Jalalabad yang berdekatan ialah sebuah bandar perdagangan yang sibuk kerana berdekatan dengan negara jiran Pakistan dan lintasan sempadan utama antara negara. Walaupun ia mempunyai populasi kira-kira 300,000 mengikut perbandaran, kawasan metropolitannya dianggap jauh lebih besar. Kebanyakan bangunannya adalah binaan bertingkat rendah, kebanyakannya daripada konkrit dan bata, dan kawasan luarnya termasuk rumah yang dibina daripada bata lumpur dan kayu. Banyak pembinaan yang lemah.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet