Pihak berkuasa perlindungan data Perancis pada Rabu mendenda Google kerana gagal mematuhi peraturan mengenai penjejak dalam talian, lapor Xinhua.
CNIL mengumumkan ia mengenakan denda 325 juta euro (378.9 juta dolar AS) ke atas gergasi teknologi AS itu, menurut satu kenyataan di laman webnya seperti dilaporkan Xinhua.
Sejak 2020, CNIL telah mengeluarkan beberapa penalti ke atas syarikat yang gagal memenuhi keperluan undang-undang berkaitan penjejak pengiklanan, kenyataan itu dipetik sebagai berkata.
Menurut CNIL, Google juga melanggar peraturan dengan memaparkan iklan dalam tab Gmail tanpa mendapatkan persetujuan pengguna. (1 euro = 1.17 dolar AS)











