Adakah diwajibkan membasuh sesuatu sebab dijilat babi atau tidak?
Ada beberapa pendapat dan perselisihan ulama padanya:
1. Diwajibkan basuh sesuatu sebab dijilat babi.
2. Tidak diwajibkan basuh sebab dijilat babi.
PECAHAN PENDAPAT
1. Hanafi berpendapat wajib dibasuh sesuatu sebab dijilat babi kerana najisnya babi. (Tetapi basuhan itu sekali saja, sama seperti terkena jilat anjing.)
2. Syafie berpendapat wajib dibasuh sesuatu sebab dijilat babi kerana najisnya babi. (Ini ialah salah satu pendapatnya, manakala satu pendapat yang lain pula menyatakan tidak wajib dibasuh dari terkena jilatan babi itu.)
3. Maliki berpendapat tidak wajib membasuh sesuatu sebab terkena jilatan babi kerana sucinya babi itu. (Tetapi haram dimakannya.)
Punca perselisihan dikembalikan kepada pendapat masing-masing.
Alasan bagi mereka yang berpendapat bahawa wajib dibasuh sesuatu yang dijilat babi:
- Kerana babi sama seperti anjing, sebagaimana anjing itu najis, maka begitulah juga babi dihukumkannya najis juga.
Alasan bagi mereka yang berpendapat bahawa tidak wajib dibasuh sesuatu yang dijilat babi:
- Oleh kerana babi itu tidak dianggap najis dan tidak ada pula nas yang menerangkan mengenai suruhan membasuh dari sebab dijilat babi.
Ruj: Kitab Taharah, Arifin Awang, MA Usuluddin Univ Al-Azhar