Hukum menghilangkan najis dengan kuasa panas matahari dan api

Bolehkah matahari dan api memberi kesan pada benda yang najis bagi tujuan mencucinya atau tidak, sebagaimana air yang dapat memberi kesan dalam masalah penyucian?

Ada beberapa pendapat dan perselisihan ulama padanya, antaranya:

1. Matahari dan api dapat memberi kesan (boleh digunakan) pada mencuci benda yang najis.

2. Matahari dan api tidak boleh memberi kesan (tidak boleh digunakan) pada mencuci benda yang najis.

    PECAHAN PENDAPAT

    1. Hanafi berpendapat matahari dan api boleh memberi kesan pada mencuci benda yang najis. (Jika kulit bangkai dikeringkan dengan kuasa panas matahari, maka sucilah ia, begitu juga tanah yang terkena najis jika dikeringkan dengannya, sucilah tempatnya dan haruslah bersolat di atasnya. Tetapi tidak harus bertayamum dengannya pula.)

    2. Malik berpendapat matahari dan api boleh memberi kesan pada mencuci benda yang najis.

    3. Syafie berpendapat matahari dan api tidak boleh memberi kesan pada mencuci benda yang najis.

    4. Hanbali berpendapat matahari dan api tidak boleh memberi kesan pada mencuci benda yang najis.

      PUNCA PERSELISIHAN

      Punca perselisihan dikembalikan kepada pendapat masing-masing sahaja.

      Pendapat: Bagi membahaskan masalah pendapat, maka ada pertanyaan:

      Adakah yang dimaksudkan dengan menghilangkan najis dengan perkara yang selain dari air itu (selain daripada kubul dan dubur) hanya menghancur atau membinasakan ain (zat) najis sahaja, ataupun kerana ada pada air itu sesuatu kelebihan atau keistimewaan yang lain yang tidak didapati pada perkara selain daripadanya umpama kuasa panas matahari atau api?

      Pertanyaan ini dijawab dengan dua pendapat seperti di bawah:

      Pertama: Maksud menghilangkan najis dengan perkara selain daripada air itu ialah untuk menghancurkan atau membinasakan ain najis sahaja, oleh itu samalah air dengan benda yang lain daripadanya bagi tujuan tersebut.

      Pendapat ini menjadi dalil bagi menyatakan bahawa menghilangkan najis dengan kuasa panas matahari atau api boleh memberi kesan (boleh digunakan).

      Kedua: Terkhusus pada air kerana ianya mempunyai kelebihan atau keistimewaan yang tidak boleh didapati pada benda lain seperti kuasa panas matahari atau api, malahan keistimewaan itu bukanlah setakat menghancur atau membinasakan sahaja.

      Pendapat ini menjadi dalil bahawa kuasa matahari dan api tidak boleh memberi kesan bagi mencuci najis (tidak boleh digunakan).

      HURAIAN PUNCA PERSELISIHAN

      Sesiapa yang berpendapat dengan pendapat pertama, maka ia mengatakan bahawa kuasa panas matahari dan api itu boleh memberi kesan bagi mencuci benda yang najis.

      Sesiapa berpendapat dengan pendapat kedua, maka ia mengatakan kuasa panas matahari dan api tidak boleh memberi kesan bagi tujuan mencuci benda yang najis.

      Alasan bagi mereka yang berpendapat kuasa panas matahari dan api boleh memberi kesan bagi mencuci benda yang najis:

      Kerana tujuan bagi mencuci najis ialah menghilangkan kekotoran menurut pandangan, oleh itu samalah tidak ada perbezaan antara air dan benda lain daripada air, umpama kuasa panas matahari atau api. Buktinya Ummu Salamah ada berkata: Saya adalah seorang yang melabuhkan kain saya dan saya berjalan di tempat yang kotor. Maka, Ummu Salamah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Menyucikannya apa selepasnya (atau boleh difahami seperti berikut: Tanah yang dilalui kemudian daripadanya boleh menyucikannya.) Riwayat Abu Dawud

      Sebagaimana sabdanya juga: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda (sebagaimana dapat difahami): Apabila seseorang daripada kamu telah memijak kekotoran dengan kedua-dua capalnya, maka tanah itu dengan sendirinya boleh menyucikan kekotoran itu. – Riwayat Abu Dawud.

      Ruj/sumber: Kitab Taharah, Arifin Awang, MA Usuluddin Univ Al-Azhar


      Produk Shopee

      Aliyah Food 7 Ajwa Dates/Kurma [ Ramadan Gift ] EXP:07/02/2027 (Aliyah Food 7 Kurma/Kurma Ajwa [ Hadiah Ramadan ]
      Nur Food 7 Ajwa Dates ( Ramadan Gift ) [EXP:11/02/2027] (Nur Food 7 Kurma Ajwa ( Hadiah Ramadhan ) [EXP:11/02/2027])
      Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
      F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
      Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
      1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
      Madinah’s Ajwa Kurma Grade A ( date ) BY the Prophet’s City to Your Table Tradition of Flavor and Well-being
      Al-Huda Kurma Tangkai Tunisia l Stok Baru l Kurma Bertangkai l 400g
      EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
      Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
      MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
      MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet
      Kurma Madu Rotab kurma Lembut Kurma Mazafati Dates 600g+
      Kurma Madu Rotab (fresh/kering) 600g pack vacuum
      3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
      Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
      MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
      Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short

      HOSTINGER

      Domain/hosting pada harga agak murah, mudah, pantas.