Kebakaran hospital mengorbankan sekurang-kurangnya enam pesakit di Jaipur, India

Kebakaran hospital disyaki disebabkan litar pintas mengorbankan sekurang-kurangnya enam pesakit di pusat trauma di hospital terbesar dikendalikan kerajaan di bandar Jaipur di barat laut India, dan mencederakan lima orang, lapor Reuters memetik pegawai pada Isnin.

Kebakaran bermula di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Sawai Man Singh, “melepaskan gas toksik”, kata pegawai hospital Anurag Dhakad kepada agensi berita ANI, sambil menambah bahawa litar pintas adalah punca disyaki.