Sebanyak RM17.5 juta membabitkan 37 akaun bank dibekukan berhubung tangkapan empat individu termasuk seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gred Jusa B, bagi membantu siasatan rasuah berkaitan perolehan projek teknologi maklumat (IT), lapor BH Online.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dilaporkan berkata dana itu membabitkan 11 akaun peribadi, 23 akaun syarikat dan tiga akaun saham.
“Kami juga menyita wang tunai termasuk RM1.15 juta, 12,300 Euro dan 24,280 pound sterling selain dua kereta mewah bernilai RM650,000.
“Rampasan turut membabitkan beg tangan dan kasut berjenama bernilai RM100,000,” dia dipetik berkata pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, hari ini.











