Lapan orang awam terbunuh pada petang Jumaat dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di bandar Gaza, lapor WAFA malam tadi.
Wartawan WAFA melaporkan, pesawat Israel melanda sebuah khemah yang melindungi orang awam kehilangan tempat tinggal di kawasan Al-Sudaniya di barat laut Gaza, mengorbankan empat orang awam.
Pesawat perang Israel turut dilaporkan menyasarkan sekumpulan orang awam dekat kawasan Al-Fukhari di Jalan Al-Wehda di bandar Gaza, mengakibatkan tiga orang awam terbunuh.
Seorang nelayan turut terbunuh akibat tembakan tentera laut Israel dekat pekan Al-Qarara, barat laut bandar Khan Yunis di selatan Jalur Gaza.