Lima akibat lupa lima perkara

Selayaknya setiap orang memikirkan lima perkara:

1. Memikirkan dosanya yang lalu, sebab dia melakukan dosa tetapi tidak mengetahui apakah dimaafkan ataupun tidak.

2. Dia melakukan amalan kebaikan tetapi belum mengetahui diterima ataupun tidak.

3. Dia mengetahui apa yang telah lalu dari masa hidupnya dan belum mengetahui bagaimana kesudahannya.

4. Dia mengetahui bahawa Allah membuat tempat, maka di tempat yang mana dia akan masuk.

5. Dia tidak mengetahui apakah Allah reda kepadanya atau tidak.

Maka, sesiapa tidak memerhatikan lima perkara ini di masa hidup, dia akan menerima lima macam sesudah mati.

1. Menyesal terhadap apa yang dia tinggalkan kepada ahli waris yang akan menjadi musuhnya.

2. Menyesal kerana menunda-nunda amalan kebaikan sehingga sedikit amalan kebaikannya.

3. Menyesal kerana melihat dosa yang amat banyak sehingga meminta izin kembali untuk taubat dan tidak diizinkan.

4. Menyesal kerana ramai yang menuntutnya (membuat tuntutan) dan tidak dilunas tuntutan itu melainkan dengan amalan.

5. Allah murka kepadanya dan tidak ada jalan untuk minta reda-Nya. Demikian menurut catatan dalam Tanbihul Ghafilin.

Justeru kita bagaimana, apakah yang kita fikirkan saban hari, adakah memikirkan ataupun daya fikir, pemikiran kita berkisar lima perkara berkenaan? Jika tidak pun, ada sipi-sipi sikit?

Atau apakah kita saban hari memikirkan untuk menimbunkan harta dengan pelbagai cara salah, tanpa kisah halal atau haram, hak atau tidak berhak, ataupun memikirkan untuk menewaskan, menjatuhkan hatta sampai membunuh insan lain semata-mata kerana keangkuhan dan ketamakan menguasai diri, demi memuaskan nafsu diri? Anda punya diri, anda jawablah sendiri.

Kadang-kadang kita kedengaran, makin tua makin menjadi, berasa hidup seribu tahun lagi…makin tua makin nak berbini…nak pasang dua tiga antara berani tak berani. Ah…itu cari hal namanya, jika empunya diri tiada kemampuan…

Kita, jangan fikir untuk selesa diri sendiri di dunia, tetapi fikir juga selesa diri kita di alam selepas ini. Di dunia pun, kita harus juga memikirkan selesa orang lain, anak-anak misalnya, isteri-isteri, suami, adik-beradik, saudara-mara, jiran tetangga dan komuniti sekeliling, sebab kita hidup bermasyarakat, apabila mereka susah, sakit, kita tolong, dan tiba giliran kita sakit, kita susah, mereka pula tolong.

Antara kita, ada yang berbadan sado…apabila berjalan mengangkang bahu. Bentuk bahu lebih lebar daripada pinggang…barangkali. Dan bagi yang berasa sado, keras seperti batu, apakah jika dicampak ke neraka tidak merekah, atau berasa kebal sehingga dijilat lidah api neraka tidak hangus?

Hai kawan, neraka itu pasti, menunggu orang mati dan orang mati setiap hari, setiap detik, tidak kira usia, tidak kira harta dan takhta, tidak kira bangsa dan bahasa.

Malaikat maut jelajah seluruh negara, seluruh benua hatta bersembunyi di dalam bunker (kubu bawah tanah) sekalipun, selamba saja dia menyapa, tidak siapa mampu memintasnya.

Sibuk sekarang kisah Israel, Gaza, Hamas dan Hezbollah dan Amerika juga tidak terkecuali segera menyibuk, maka kita katakan juga, teknologi Amerika dan sekutunya takkan dapat membina senjata penangkis untuk menangkis kehadirannya. Belajarlah sampai ke Havard sekalipun yang dibangga-banggakan sangat, bergulung ijazah digenggam bahkan melantun hingga ke angkasa raya pencapaiannya, tapi jika kezaliman, penganiayaan terang-terang di depan mata seperti dihadapi rakyat Gaza, rakyat Palestin, kanak-kanak yang tiada tahu apa-apa tidak ditangani dengan berkesan, tiada gunanya, tiada cerdiknya. Tiada apa-apa. Nothing!

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet