Lima sikap tercela

Lima yang tercela ialah sifat nifaq, riyak, ujub, lalai dan mengganggu orang lain. Orang Islam wajib memelihara diri daripada sifat berkenaan. Mari kita sama-sama perhatikan dan awasi diri daripadanya.

1. NIFAQ

Iaitu sikap berpura-pura — orang memilikinya, disebut munafik iaitu orang yang tidak mendapat hidayah daripada Allah. Dia hanya beriman pada mulut. Perbuatannya nampak baik, namun semuanya adalah tipu daya yang bertujuan memancing mata orang ramai saja.

    Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 142 diberikan maksud: “Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).

    Mereka pula apabila berdiri hendak solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riyak (memperlihatkan solatnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan solat) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).”

    2. RIYAK

    Ia disifatkan sebagai syirik kecil kerana mengandungi erti menyekutukan pada niat atau tujuan dalam ibadat.

      Jika syirik besar akan menyebabkan runtuhnya asas binaan Islam, syirik kecil atau riyak akan menyebabkan runtuhnya nilai pahala dalam ibadat.

      Firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 264 diberikan maksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riyak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.

      Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir itu dan riyak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun daripada apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.”

      3. UJUB

      Boleh ditakrifkan sebagai rasa kagum bercampur bangga atau megah dengan suatu nikmat dimiliki, di samping lupa kepada Allah yang memberi nikmat berkenaan.

        Firman Allah diberikan maksud: “Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan perang dan di medan Perang Hunain iaitu ketika kamu berasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai, maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun dan (semasa kamu berasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu, kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.” (Surah at-Taubah, ayat 25)

        4. LALAI

        Iaitu cuai, lengah atau lupa sehingga tidak sedar terhadap sesuatu yang sepatutnya.

          Dalam surah al-Asr, ayat 1 hingga 3 diterangkan: “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman serta beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”

          Manusia menjadi lalai disebabkan banyak perkara membabitkan dorongan nafsu, pujukan syaitan, dikuasai dunia dan terpengaruh dengan manusia lain.

          Salman al-Farisi RA dipetik berkata: “Sesungguhnya hamba Allah, jika dia berzuhud terhadap dunia, hatinya akan bersinar dengan hikmah dan anggota badannya pula akan saling membantu untuk beribadat.”

          5. MENGGANGGU

          Mengganggu orang lain dalam apa juga cara, gaya atau bentuknya, bukan peribadi orang Islam.

            Firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat 1, antara lain diberikan maksud: … “dan perbaikilah keadaan perhubungan di antara kamu serta taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, jika benar kamu orang-orang yang beriman.”

            Daripada Abdullah bin Amr RA, daripada Nabi SAW bersabda (mafhumnya): “Seorang Muslim (yang sempurna Islamnya) ialah yang terselamat orang-orang Islam daripada lidahnya dan tangannya.” (Riwayat Muslim)

            Produk Shopee

            Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
            Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
            F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
            1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
            Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
            Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
            Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
            EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
            3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
            MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
            MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
            MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet