Menteri pertahanan Sudan pada Selasa menyeru mobilisasi popular besar-besaran menentang Pasukan Sokongan Pantas (RSF) separa tentera di tengah-tengah pertempuran maut di wilayah Darfur dan Kordofan, lapor Anadolu.
Dalam kenyataan disiarkan oleh media tempatan, Leftenan Jeneral Yassin Ibrahim Yassin menyifatkan persediaan ketenteraan menentang kumpulan pemberontak itu sebagai “hak negara yang sah” memandangkan jenayah dilakukan oleh RSF, terutama di bandar El-Fasher, ibu kota negeri Darfur Utara.
Dia menekankan, walaupun kerajaan mengalu-alukan inisiatif keamanan dan pengantaraan antarabangsa, ia akan terus bersedia untuk “pertempuran rakyat” bagi mempertahankan perpaduan dan keselamatan Sudan.
RSF menawan El-Fasher pada 26 Oktober dan melakukan pembunuhan beramai-ramai orang awam, menurut organisasi tempatan dan antarabangsa, mencetuskan amaran bahawa pengambilalihan itu boleh mengukuhkan pembahagian geografi negara dilanda perang itu, menurut Anadolu.











