Paetongtarn Shinawatra letak jawatan sebagai ketua Parti Pheu Thai

Bekas Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin Parti Pheu Thai pada Rabu, satu langkah yang menyusuli keputusan Mahkamah Perlembagaan yang sebelum ini memecatnya daripada jawatan, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, Paetongtarn menyatakan hasratnya untuk memulakan “baik pulih” menyeluruh parti itu sebelum pilihan raya akan datang.

“Saya amat percaya bahawa transformasi ini mesti dimulakan tanpa berlengah-lengah. Oleh itu, saya telah memilih untuk berundur sebagai ketua parti bagi membolehkan parti kebebasan mencipta semula dirinya dan membina organisasi yang lebih kukuh dan lengkap,” katanya.

Paetongtarn mengesahkan dia akan kekal sebagai ahli parti dan “Ketua Keluarga Pheu Thai” komited untuk membantu membina era baharu untuk parti, yang berdiri teguh bersama rakyat dan bekerja tanpa jemu untuk negara.

Keputusan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang memecat Paetongtarn daripada jawatan pada Ogos kerana melanggar etika berhubung pengendalian isu sempadan dengan Kemboja.