Presiden Madagascar, Andry Rajoelina berkata pada Isnin, beliau membubarkan kerajaan berikutan protes diketuai oleh belia terhadap pemotongan air dan elektrik di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan lebih 100 cedera, lapor Reuters.
Diinspirasikan oleh protes “Gen Z” di Kenya dan Nepal, demonstrasi beberapa hari itu merupakan yang terbesar pernah dilihat di pulau Lautan Hindi itu dalam beberapa tahun, dan cabaran paling serius pernah dihadapi Rajoelina sejak pemilihan semula pada 2023.
“Kami mengakui dan memohon maaf sekiranya anggota kerajaan tidak menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka,” Rajoelina dilaporkan berkata dalam ucapan di televisyen.
Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia PBB dilaporkan berkata, mangsa termasuk penunjuk perasaan dan pemerhati yang dibunuh oleh anggota pasukan keselamatan, tetapi juga yang lain terbunuh dalam keganasan dan rompakan meluas oleh individu dan kumpulan tidak dikaitkan dengan penunjuk perasaan.