Rosak hati kerana 6 perkara

Menurut Imam Hasan al-Basri, hati rosak kerana enam perkara iaitu; sengaja melakukan dosa dengan harapan bertaubat, mempelajari ilmu tetapi tidak mengamalkannya, apabila beramal tidak ikhlas, makan tetapi tidak bersyukur kepada Allah, tidak reda dengan bahagian Allah dan mengebumikan orang mati tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

Hasan al-Basri adalah seorang alim besar dalam kalangan tabiin yang meninggal dunia pada 728 Masihi, sebagaimana menurut catatan. Semoga Allah memberi rahmat kepadanya.

1. Sengaja melakukan dosa dengan harapan bertaubat

Sesetengah orang memandang remeh atau ringan terhadap dosa, bahkan mempermain-mainkannya. Mereka menyangka dosa dipandang remeh itu tidak ada apa-apa. Mereka berpendirian tidak ada apa-apa dengan bicaranya yang memutar-mutar, membelit-belit, menampilkan berlapis-lapis alasan terhadap hal mendatangkan dosa. Ada saja alasan, begini dan begitu. Dosa tetap dosa. Soal mahu patuh (taat) atau tidak (sama ada kerana jahil – tak tahu, ataupun kerana degil, tak terbuka pintu hati), itu soal lain.

Al-Quran menegaskan (maksudnya): “Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang selalu melakukan khianat lagi sentiasa berdosa.” (Lihat surah an-Nisa, ayat 107)

Khianat, luas lapangannya. Khianat dalam kepercayaan diberikan terutamanya dalam melakukan suatu tugas, tanggungjawab, yakni tidak amanah, selalu disebut khianat. Seorang pekerja tidak melakukan tugas diamanahkan, maka hal itu dinamakan khianat. Malah bertambah-tambah lagi khianatnya apabila terbabit dengan salah guna kuasa – boleh diberikan gelaran “double” khianat, ataupun ditambah lagi dengan rasuah – dipanggil pula “tripple” khianat, dan begitulah seterusnya, jika ada lagi khianatnya. Berjubah, berkopiah, anjur pakej umrah, tarik orang ramai supaya ke Makkah, tapi di hujung harinya, tak bawa pergi, wang tak dikembalikan, lesap begitu saja, khianatlah itu. Kesian pak cik dan mak cik, bukan senang kumpul wang, alih-alih ‘terbang’ begitu saja…”sad ending”.

Sedarlah, dalam kehidupan seharian tak lari daripada dua hal – hal yang berdosa dan berpahala. Ini perlu hati-hati, agar tak termasuk dalam penegasan seperti disebutkan di atas “orang selalu melakukan khianat lagi sentiasa berdosa”. Dosa dimurkai Tuhan manakala pahala diredai (disukai) Tuhan. Nak suka ke, nak murka?

Ada orang, “saya tak berkhianat pada sesiapa, saya tak hulur rasuah, saya tak ambil rasuah, saya berintegriti” tapi pantang tiada mata memandang, curi barang orang, curi kasut orang, curi pokok dan pasu bunga orang, curi pintu pagar rumah orang, umpil jeriji pintu atau tingkap rumah orang dan ceroboh masuk rumah orang, kebas segala apa yang dipandang berharga di rumah orang, curi wang dari tabung masjid, curi kenderaan orang dan banyak lagilah – gelagat manusia yang pelik-pelik dan kadang-kadang tak terlintas di akal, seperti curi daripada akaun simpanan orang lain, sedikit demi sedikit, sana sikit, sini sikit, lama-lama jadi bukit…khianatlah tu. Labur lebur, biasa sekarang kedengaran…semua tu khianat. Curi hati dan kemudian bunuh empunya diri — khianatlah tu — khianat kepada sesama manusia.

Apa, ada yang beranggapan masih ada waktu untuknya di kemudian hari, justeru berlapang dada, buat biasa dan terus bergelak tawa dengan dosa?

Sesetengah dengan yakin mengatakan esok masih ada, tetapi adakah mereka pasti terhadap sesuatu yang akan berlaku keesokan harinya? Fikir betul-betul, renung baik-baik.

Firman-Nya bermaksud: “Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat) dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.” (Surah Luqman, ayat 34)

2. Belajar tetapi tidak melakukan amalan

Kata Sufyan bin Uyainah seperti disebut dalam kitab Tanbihul Ghafilin: “Sungguh tidak baik bagi orang itu bodoh. Sesiapa mengamalkan apa yang dia ketahui, maka dia sepandai-pandai manusia. Dan sesiapa tidak mengamalkan ilmunya, maka dialah orang bodoh.”

Menurut catatan, beliau adalah ulama generasi tabi tabiin iaitu generasi ketiga selepas generasi sahabat dan tabiin. Beliau meninggal dunia pada 814 Masihi.

3. Apabila beramal tidak ikhlas

Ikhlas adalah bertujuan semata-mata kerana Allah, bukan selain-Nya. Maka, apabila seorang melakukan suatu amalan untuk mendapat nama, mencipta populariti, mendapat sanjungan dan tepukan, mendapat pangkat dan kedudukan atau sebagainya iaitu bukan semata-mata kerana Allah, tidaklah dinamakan ikhlas.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh-tubuh kamu dan tidak pula pada bentuk rupa kamu, tetapi Dia melihat pada hati-hati kamu.” (Riwayat Muslim)

Maka, jika ada masa cubalah faham-fahamkan dan renung-renungkan sabda junjungan besar Nabi kita itu…mudah-mudahan amalan kita semakin hari semakin baik, lebih ikhlas, lebih murni, ikhlas yang suci murni, ikhlas sejati.

4. Makan tetapi tidak bersyukur kepada Allah

Mengapa manusia tidak mahu bersyukur kepada-Nya, sedangkan Dialah yang memberikan dan menjamin segala rezeki kepada mereka?

Firman-Nya bermaksud: “Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk- makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya…” (Surah Hud, ayat 6)

5. Tidak reda dengan bahagian Allah

Orang yang tidak mengenal erti reda dengan ketentuan-Nya selalu cemas, duka dan lesu. Justeru, belajar bersikap reda dengan ketentuan-Nya.

Dalam soal rezeki seperti dikatakan oleh Syeikh Abdul Qadir al-Jailani, tidak akan hilang daripada kamu ketika kamu tidak mencarinya.

“Sesuatu yang bukan bahagianmu, maka kamu tidak akan mendapatnya, meskipun kamu bersemangat, bersungguh- sungguh dan berusaha keras dalam mencarinya. Maka, dengan itu bersabarlah dan redalah.”

6. Mengebumikan orang mati tetapi tidak mengambil iktibar

Setiap detik ada orang mati. Kita selalu dikhabarkan mengenainya, malah kita melihat dari dekat dan mengiringinya ke kubur, bahkan menguburkannya. Namun, berapa ramai yang mengambil iktibar daripadanya?

Kata Abu Laits: Sesiapa yang yakin akan mati, maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amalan soleh (baik) dan meninggalkan amalan kejahatan (dosa), sebab dia tidak mengetahui bilakah datangnya mati itu kepadanya.

Sayidina Umar RA berkata kepada Kaab: Terangkanlah kepada kami mengenai maut.

Kaab berkata: Maut itu bagaikan pokok berduri dimasukkan ke dalam tubuh anak Adam, maka duri berkait dengan urat , lalu dicabut oleh seorang yang kuat sehingga dapat memutuskan apa yang terputus dan meninggalkan apa yang masih tinggal.

Sufyan ats-Tsauri (seperti dilaporkan) jika ingat mati maka dia tidak dapat berbuat apa-apa sampai beberapa hari, bahkan jika ditanya masalah hanya menjawab ‘tidak tahu’.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet