Rusia melancarkan serangan dron dan peluru berpandu berat ke atas Ukraine pada awal Jumaat, membunuh enam orang di Kyiv dan dua lagi di selatan dalam serangan ke atas kemudahan tenaga, bangunan pangsapuri dan infrastruktur, kata pegawai Ukraine, menurut laporan agensi berita Reuters.
Presiden Volodymyr Zelenskiy dilapor berkata, tentera Rusia menggunakan 430 dron dan 18 peluru berpandu dan Kyiv bertindak balas dengan serangan jarak jauh.
Ia adalah salah satu serangan terbesar ke atas ibu negara itu setakat ini.
Pegawai Ukraine dilapor berkata, kebanyakan dron dan peluru berpandu ditembak jatuh, tetapi serpihan yang jatuh dan kebakaran merosakkan pangsapuri bertingkat tinggi, sebuah sekolah, kemudahan perubatan dan bangunan pentadbiran merentasi sembilan daerah di bandar dengan kira-kira 3 juta itu.
Pegawai bandar dilapor berkata, enam orang terbunuh di Kyiv, yang menjadi tumpuan serangan.
Dron Rusia turut melanda bandar Laut Hitam Chornomorsk, membunuh dua orang, gabenor wilayah itu dilapor berkata.











