Pasukan pertahanan udara Rusia menembak jatuh 216 dron Ukraine semalaman, kata Kementerian Pertahanan Rusia pada Jumaat, menurut berita Xinhua.
Menurut kementerian itu, 66 dron telah dipintas di wilayah Krasnodar di selatan Rusia dan 59 di atas Laut Hitam.
Ibu pejabat operasi wilayah Krasnodar dilapor berkata, tiga orang cedera di bandar pelabuhan Novorossiysk akibat serangan itu, yang turut mencetuskan kebakaran di sebuah depoh minyak.
Novorossiysk telah mengisytiharkan darurat berikutan serangan itu, Datuk Bandar Andrey Kravchenko dilapor berkata.
Sementara itu, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 27 yang lain cedera dalam serangan dron dan peluru berpandu Rusia ke atas Kiev semalaman pada Jumaat, lapor Tymur Tkachenko, ketua Pentadbiran Tentera Bandaraya Kiev, menurut Xinhua
Menurut Xinhua, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky berkata di X bahawa Rusia menggunakan kira-kira 430 dron dan 18 peluru berpandu dalam serangan ke atas Ukraine.











