Rusia membatalkan permit untuk operasi Konsulat Jeneral Poland di Kaliningrad pada Jumaat, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Menurut agensi berita TASS, lapor Xinhua, langkah itu diambil sebagai tindak balas kepada keputusan awal Poland untuk menutup Konsulat Jeneral Rusia di Krakow, satu langkah yang berkuat kuasa pada 30 Jun.
Kementerian Luar Rusia dipetik berkata, Poland telah dimaklumkan mengenai hasrat Moscow untuk menutup konsulat Poland seawal 11 Julai, dengan justifikasi yang berkaitan disampaikan kepada kuasa usaha Poland.
“Langkah sebegitu adalah tindak balas kepada pengurangan kehadiran konsular Rusia di Poland di bawah alasan yang dibuat-buat. Tiada satu pun tindakan tidak mesra akan kekal tidak dijawab,” kementerian itu dipetik oleh TASS sebagai berkata, dilaporkan Xinhua.











