Semat sikap positif pada diri, tepis kesusahan

Susah dan senang umumnya boleh diumpamakan sebagai tamu. Kedua-duanya datang dan pergi silih berganti. Tiada manusia yang tidak bertemu kesusahan. Begitu juga tiada mereka yang senang selama-lamanya.

Bukan sahaja mereka yang tinggal jauh di pedalaman dan hutan belantara, bahkan di bandar-bandar besar, tidak sedikit mengalami hidup yang susah. Cuma sesetengahnya bentuk kesusahan itu tidak serupa dan cara menanganinya juga tidak sama.

Mereka kekurangan dari sudut harta benda sebagai contoh mengalami kesusahan untuk menyara keluarga. Mereka sukar mendapatkan lauk-pauk istimewa, pakaian dan aksesori diri berjenama ataupun rumah yang selesa dan kenderaan lebih baik.

Suka atau tidak, selalunya mereka terpaksa berlaukkan telur, ikan kering atau ikan masin dan berkuah kicap hampir setiap hari.

Di khemah-khemah pelarian di perbatasan luar negara misalnya, mereka tak kira jantina dan usia turut dihimpit kesukaran. Pakaian sehelai sepinggang, tidur dalam kesejukan dengan bekalan makanan bergantung kepada simpati pihak luar.

Sesiapa pun bertemu dengan kesusahan! Namun, sekadar menghitung dan mengeluh tidak akan ke mana, apatah lagi hidup dalam masyarakat yang suka apabila orang lain jatuh dan mendapat susah.

Apa pun, dalam banyak yang susah, banyak lagi yang senang sebenarnya. Cuba perhatikan di sekeliling kita. Justeru, kita perlu sentiasa bersyukur dan pada masa sama bergantung harap kepada-Nya.

Malahan jika diamati, kesusahan itu juga berpunca daripada diri kita sendiri atau orang sekeliling. Sebagai contoh sikap kita yang cuai, terburu-buru, tidak mahu mendengar nasihat, suka membangkang, malas berusaha tetapi ingin hidup selesa, saban hari ingin gaya berbeza, malahan tidak kurang mereka yang dengki khianat dan rakus.

Sikap tidak elok semestinya disisihkan, yang bengkok diperbetulkan, yang kurang tepat dipastikan tepat, dalam segala hal, jika tidak mahu hidup menjadi susah. Contohnya malas kepada rajin, tidak berdisiplin kepada berdisiplin, panas baran dan gopoh kepada tenang dan bersikap sabar, santun dan tahu menghormati yang lain.

Sabda Nabi SAW diriwayatkan Imam al-Bukhari ini sangat baik dijadikan motivasi: “Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang yang lebih baik daripada hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Daud AS tidak makan melainkan daripada hasil usahanya sendiri.”

Kata orang, hendak senang bukan senang, hendak susah tidak susah.

Produk Shopee

Living For Modern Sofa GG Sofa Room Fyking Sofa Set Sofa 2 Seater Sofa Murah Sofa 3 Seater 沙发 GG
Meja Makan dan Kerusi Meja Makan Rumah Moden Meja Makan Mudah dan Kerusi Set Meja Makan Corak Marmar Tiruan Meja Makan Rumah Bekalan Meja Makan
F&F : Lazzo 382 sofa muji style /sofa kayu /sofa 3 seater /sofa 2 seater /sofa murah
1/2/3 Seater Sofa Bed Solid Wood Sofa Fabric Northern Canvas Sofa Sofa Chair Kerusi Sofa Ruang Tamu Living Room沙发椅沙发床
Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather Tochigi Leather Men’s Wallet Fold YKK Zipper Coin Purse Large Capacity Slim Bifold Wallet (Green) Wallet Men’s Long Wallet Genuine Leather
Tulips wallet for woman small wallet trifold wallet with coin purse with card holder pouch wallet mini Heart cute wallet korean style PU leather wallet for women Girl wallets short
Technology Sofa Living Room Fabric Apartment Sofa Sofa Sofa Rental Room Cloth Sofa Small Apartment Sofa Tofu Block 7XRB
EASY CLEAN【JFW-HETTY SOFA】SOFA 3 SEATER / PET FRIENDLY SOFA/ SOFA MURAH / SOFA RUANG TAMU/ SOFA SET
3/2/1 Seater Sofa Chair Nordic Sofa Square Sofa Chair Sofa Bed mini Kerusi Sofa Living Room Home Furniture沙發椅
MENSPE Men’s Wallet Retro Men’s Short Wallet PU Leather Wallet Fashion Wallet Foldable Wallet Large Capacity Wallet Business Wallets Vintage Wallet Driver’s License Wallet ID Credi
MENSPE Men’s Wallet Three Fold Wallet Fashion Wallet Short Wallet Super Soft PU Wallet Foldable Wallet Retro Wallet Zipper Wallet
MENSPE Wallet Men Wallets Fashion Long Short Wallet PU Leather Long Wallet Business Wallets Men’s Anti-theft Soft Wallet Splicing Two Fold Ultra-thin Long Wallet