1. Katakanlah (wahai Muhammad); (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
2. Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
3. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan.
4. Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya.
KETERANGAN:
Surah ini diturunkan di Makkah, mengandungi 4 ayat.
Dinamakan surah al-Ikhlas kerana dalam keseluruhan surah ini Allah perintahkan Nabi Muhammad supaya menegaskan kepada umum, bahawa Allah Maha Esa – dan tidak ada bandingan.
Intisari kandungannya, memberi kesedaran kepada hati kecil manusia mengenai iktikad tauhid (pegangan tauhid) yang sebersih-bersihnya, untuk dijadikan asas bagi ibadatnya dan bawaannya dalam kehidupan.
Dengan yang demikian, manusia tidak memperhambakan dirinya melainkan kepada Allah semata-mata, dan tidak tertumpu pada masa senang dan susah melainkan kepada Allah saja, dan tidak menjadikan kata pemutus dalam segala urusan hidupnya melainkan hukum Allah — yang menjadi punca bagi segala keadaan, kekuasaan dan ketetapan.
Sumber – Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Lihat surah al-Ikhlas



















