Tanah runtuh awal pagi Jumaat membunuh sekurang-kurangnya 21 orang di tanah tinggi Papua New Guinea, berita AP memetik laporan media Australia.
Tanah runtuh sekitar jam 2 pagi itu meranapkan rumah-rumah ketika orang ramai tidur di kampung Kukas di wilayah Enga, lapor Australian Broadcasting Corp, memetik polis.
Gabenor Enga, Peter Ipatas memberitahu ABC, penduduk tempatan melaporkan sehingga 30 orang telah meninggal dunia, dengan 18 mayat telah ditemui. Polis mengekalkan jumlah kematian adalah 21 orang.












